Saturday, 24 November 2012

Puasa Sunat Hari Asyura

0 Komen



Disunatkan kita berpuasa pada Hari Asyura’. Hari Asyura juga digelar Ayyamillah (Hari-hari Allah) iaitu hari-hari yang dinasabkan oleh Allah swt kepada diriNya. Allah swt telah menyuruh Nabi Musa as agar mengingatkan kaumnya tentang hari-hari tersebut dalam firmanNya : ﴿وَذَكِّرْهُمْ بِأَيَّامِ اللَّهِ﴾ bermaksud, “Dan ingatkanlah mereka tentang Hari-hari Allah”. Maksud Hari-hari Allah ialah Ayat-ayatNya dan nikmat-nikmatNya seperti selamatnya Nabi Musa as dan kaumnya dari kekejaman Firaun, terbelahnya Laut, tenggelamnya Firaun dan tenteranya yang zalim lagi mendustakan Allah swt, Al-Mann dan Al-Salwa yang diturunkan dari langit untuk Bani Israel dan nikmat-nikmat yang lain.
Dari hadis riwayat Muslim bebrunyi “إن عاشوراء من أيام الله..” bermaksud, “Sesungguhnya Asyura adalah dari Hari-hari Allah”. Dalam satu riwayat bermaksud, “… dengan nikmat Allah taala”.

Dalam satu hadis menyebut “هذا يوم عظيم يوم نجى الله فيه موسى وأغرق فرعون” bermaksud,“Hari ini adalah hari yang besar dimana Allaah menyelamatkan Musa dan menenggelamkan Firaun”. Sabdanya lagi “يوم صالح هذا يوم نجى الله بني إسرائيل من عدوهم”bermaksud, “Hari ini ialah hari yang baik dimana Allah menyelamatkan Bani Israel dari musuh mereka”.  Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah saw bersabda“أظهر الله فيه موسى وبني إسرائيل على فرعون..” bermaksud, “Di hari tersebut (Asyura) Allah memenangkan Musa dan Bani Israel keatas Firaun”.يعني رمضان) وعن ابن عباس “ما رأيت النبي صلى الله عليه وسلم يتحرى صيام يوم فضله على غيره إلا هذا اليوم يوم عاشوراء، وهذا الشهر (البخاري Tidak aku melihat Nabi saw berusaha berpuasa melebihi hari-hari lain selain hari ini, iaitu hari Asyura dan di bulan ini iaitu bulan Ramadan”. Oleh itu hadis ini menunjukkan Hari Asyura merupakan hari yang paling afdhal untuk berpuasa selepas bulan Ramadan dan Hari Arafah.
Puasa di Hari Asyura menghapuskan dosa setahun. Ini adalah diantara anugerah Allah swt kepada manusia yang memang lumrah terdedah kepada kesilapan dan kelemahan. Allah swt menjadikan hari tersebut sebagai sebab untuk pengampunan dosa dan taubat.


WAllahuA'lam.
Sekian.

Read full post »

Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam

0 Komen
Read full post »

Bahan Bantu Mengajar Pendidikan Islam

0 Komen

Assalamu'alaikum wbt.

Di kesempatan ini, saya ingin berkongsi sedikit sebanyak mengenai pelajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Berikut adalah antara laman web yang menyediakan banyak info dan maklumat mengenai Pendidikan Islam...

1. Portal e-Pendidikan Islam

http://www.anuar2u.com/index.htm

2. Bahan Bantuan Belajar Pendidikan Islam

http://bahanpnpsk.blogspot.com

3. Laman Pendidikan Islam

http://pendislami.tripod.com/

4. Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia

http://www.bpi.edu.my/v1/

5. Bahagian Pembangunan Kurikulum

http://www.moe.gov.my/bpk/v2/index.php

Dan yang ini pula adalah sukatan pelajaran Pendidikan Islam bagi sekolah rendah tahun 1 hingga 6:

http://www.scribd.com/doc/1082879/Sukatan-Pendidikan-Islam-Tahun-16



Setakat ini sahaja dahulu. Sekian Terima Kasih.
Read full post »

Belajar Solat Berjemaah Dan Kepentingannya

1 Komen

Pengertian solat jemaah


Solat jemaah ialah solat beramai-ramai yang sekurang-kurang bilangannya selain daripada solat fardhu Jumaat ialah 2 orang.
Seorang menjadi imam dan seorang menjadi makmum. Semakin ramai bilangan jemaah maka semakin besar pula fadhilat pahalanya.
Solat jemaah adalah berlainan hukumnya menurut jenis solat yang dikerjakan, iaitu:
  1. Fardhu ain pada solat Jumaat;
  2. Fardhu kirayah pada solat fardhu lima waktu; dan
  3. Sunat pada solat jenazah dan solat-solat sunat yang disunatkan berjemaah padanya, seperti solat dua hari raya, solat gerhana bulan dan matahari, solat minta hujan, solat terawih dan solat witir pada bulan Ramadhan.


Tuntutan berjemaah pada solat fardhu

Tuntutan berjemaah pada solat 5 waktu yang selain daripada solat fardhu Jumaat, pada pendapat yang masyhur dan paling sohih menurut Imam an-Nawawi adalah tuntutan fardhu kifayah yang diwajibkan bagi orang-orang lelaki yang berakal, baligh, bermukim, mempunyai pakaian menutup aurat dan tidak mempunyai apa-apa keuzuran syarie.
Jadi bererti apabila sesebuah kampung atau mukim mendirikan solat jemaah di tempat yang dikira menzahirkan syiar Islam seperti di masdjid atau surau, maka gugurlah dosa atas orang-orang kampung atau mukim yang tidak hadir bersolat jemaah. Tetapi sekiranya tidak didirikan solat jemaah maka semua penduduk kampung atau mukim itu berdosa.
Dalil tentang amat kuatnya tuntutan berjemaah itu ialah apa yang diriwayatkan oleh Imam  Muslim daripada Abu Hurairah RA, bahawa,
Ada seorang lelaki buta telah datang mengadu kepada Nabi s.a.w bahawa dia tidak mempunyai orang yang boleh memimpinnya pergi ke masjid. Oleh itu dia mengharapkan Baginda memberi kelonggaran kepadanya untuk bersolat di rumahnya. Pada mulanya Baginda telah membenarkannya, tetapi kemudiannya Baginda menarik balik kebenaran tadi setelah Baginda mengetahui bahawa si buta tadi dapat mendengar seruan azan solat yang dikumandangkan di masjid.


Fadhilat (kelebihan) solat berjemaah

Fadhilat solat berjemaah amat besar sekali berbanding dengan solat bersendirian. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:
Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda). (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Sebenarnya fadhilat solat berjemaah adalah bertali arus, sambung menyambung, mengembang dan membesar. Orang yang bersolat jemaah bukan sahaja mendapat setakat 27 darjat, malah dia akan mendapat banyak fadhilat dan keuntungan sampingan lain lagi semasa dia berulang alik ke masjid dan semasa dia berada dalam masjid.
Untuk memahami dengan lebih lanjut mengenai solat berjemaah ini, saudara saudari dan teman-teman pembaca sekalian bolehlah menonton video berikut...




InsyaALLAH semoga apa yang saya kongsikan ini dapat memberi manfaat kepada para pembaca, khususnya kepada anak-anak murid sekalian.

WAllahuA'lam.
Wassalam.

Read full post »

Saturday, 10 November 2012

Mari Berwuduk

0 Komen
Sebelum Berwuduk, disunatkan membaca doa. Bacalah doa seperti di atas ini.
CARA-CARAUNTUK MENGAMBILWUDUK.

Untuk mengetahui dengan lebih jelas, bolehlah anda menonton video berikut...


Wassalam.
Read full post »

Friday, 9 November 2012

Soalan-Soalan Latihan

0 Komen




Untuk mendapatkan soalan-soalan latihan yang lain, para pembaca boleh mendapatkannya di link ini: Bank Soalan

Read full post »
 

Copyright © Pendidikan Islam Sekolah Rendah Design by bradokapak | Blogger Theme by bradokapak | Powered by BK